-------------------------------------------------------------------

Thursday, November 24, 2011

Aktiviti Tatapan Minda - Program Pengukuhan UPSR/PMR/SPM 2012

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, itulah yang paling tepat untuk menggambarkan Program Pengukuhan UPSR/PMR/SPM 2012 yang dilaksanakan bermula 21 November 2011 sehingga 23 Disember 2011. Program selama sebulan ini dirangka untuk memberikan pendedahan awal terhadap mata pelajaran yang akan dipelajari samada untuk UPSR, PMR atau SPM. 

Di samping itu, ulangkaji terhadap subjek teras dan elektif juga dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek. Para pelajar ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam subjek masing-masing. 
Diharap Program Pengukuhan ini dapat memberikan impak yang besar terhadap pelajar untuk belajar dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan pada tahun hadapan samada UPSR, PMR, atau SPM.

Wednesday, November 23, 2011

Aktiviti Tatapan Minda - Program Harian Cuti Sekolah 2011

Bertempat di pusat Tuisyen Tatapan Minda, Program Harian Cuti Sekolah 2011 yang dilaksanakan bermula pada 21 November 2011 dan akan berakhir pada 23 Disember 2011. Program Harian Cuti Sekolah ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah.


Di dalam program ini, murid-murid akan diberi kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Sains, Matematik, fardu-Ain, dan Seni & Kraftangan. Kelas-kelas ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berkemahiran dalam bidang masing-masing. Matlamat utama program ini adalah untuk mengisi masa cuti murid-murid dengan perkara yang berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas yang telah ditetapkan.

Diharap Program Harian Cuti Sekolah 2011 ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam akademik.

Tuesday, November 8, 2011

Menu Sarapan Pagi Anak Anda - 3 hingga 6 Tahun

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: Sejauh Mana Kita Memahaminya?

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun anak sendiri. Persoalannya sejauhmanakah kita mengenali kelompok ini dan bagaimanakah kita dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian sebagaimana kanak-kanak normal yang lain?

Artikel ini akan menyentuh kategori murid bermasalah pembelajaran untuk mengenali mereka seterusnya memahami nature mereka supaya kita menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin dan penyayang selaras dengan visi Wawasan 2020.


Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).


Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tupuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.


Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.


Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.

Prosedur Kemasukan ke Program Pendidikan Khas
Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau program integrasi terletak di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk melayakkan seseorang kanak-kanak mengikuti program ini, beberapa criteria harus diikuti seperti :

· Membawa kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor akan membuat diagnos dan membuat pengesahan kecacatan kanak-kanak tersebut.
· Pengesahan tersebut dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (opsyenal) untuk didaftarkan sebagai individu berkeperluan khas. Ini melayakkan kanak-kanak mendapat elaun bantuan RM50 sebulan.
· Kanak-kanak seterusnya mendaftar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan akan memanggil ibubapa bagi menentukan sekolah yang ingin dipilih.
· Unit Pendidikan Khas akan memaklumkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan. Temuduga murid dijalankan.
· Ibubapa harus membuat pengesahan penerimaan atau persetujuan untuk anak mereka mendaftar di sekolah tersebut jika diterima masuk ke sekolah berkenaan.


sumber dari sini

Friday, November 4, 2011

TUISYEN DAN ANAK_ANAK



Salam semua, dua minggu ni masa terasa terlalu pantas berjalan. Pejam mata sekejap dah dekat dua minggu tahun baru berlalu.
Sebelum tahun baru bermula ibu bapa sibuk mencari keperluan anak-anak untuk masuk sesi baru persekolahan. Sekarang selepas selesai pendaftaran ibu bapa masih belum selesai lagi sesak nafas mereka… Minggu ni bermula la minggu mencari tempat tuisyen pulak.
Ibu bapa dan anak-anak sibuk la berpusing-pusing mencari tempat yang berkenan dihati. Dapat tempat yang sesuai tapi jadual pulak tak sesuai, cari lagi tempat lagi , tempat lain kelas ramai pulak anak kata nak cari tempat yang sikit.. kita sebagai ibu bapa turutkan juga. Semua ni demi anak-anak.
Pusat Tuisyen Tatapan Minda juga tidak ketinggalan. Sejak 9 Jan yang lalu pendaftaran sudah mula dibuka. Setiap hari pasti banyak panggilan yang masuk.Ada ibu bapa yang membuat keputusan dan ada juga anak sendiri yang menjadi pembuat keputusan.
Namun apa pun demi masa depan anak-anak segalanya dituruti ibu bapa.

Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya



Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya
Dilema bagi kebanyakan ibu berkerjaya ialah pembahagian masa antara diri,
keluarga dan kerjaya. Tanpa pengurusan masa yang betul, ia mampu
membebankan fizikal dan mencabar minda. Ketahui teknik pengurusan
masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkerjaya.
1. Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas
diri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian
menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Tahukah anda? Jika anda tidak
mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda
mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami dan kerjaya dengan
sempurna. Pastikan makanan yang disediakan sihat dan jangan lupa
mengamalkan gaya hidup sihat.
2. Tetapkan jadual kerja
Orang yang mengamalkan disiplin yang ketat biasanya berjaya dalam
kehidupannya. Jadi, untuk berjaya, anda perlu lebih berdisiplin. Buatlah
jadual dan ingat! Jangan sesekali melanggarnya. Senaraikan dan susun
mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang, dengan disiplin yang
ketat, anda pasti dapat menyelesaikannya. Percayalah!
3. Fokus pada kerja
Bagi kebanyakan orang pendapatan bulanan yang diperoleh datangnya
daripada jawatan yang disandang sekarang. Jadi, andaa perlu pandai
menguruskan masa yang melibatkan kerja dan keluarga agar tidak
kehilangan punca pendapatan. Ketahuilah, apabila seseorang menumpukan
sepenuh perhatian terhadap apa saja kerja yang dilakukannya, kerja
tersebut pasti dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Kerja pejabat ditinggalkan
Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat juga. Jika kerja-kerja yang
tidak dapat diselesaikan di bawa pulang, pasti akan mengurangkan masa
bersama keluarga kerana terlalu sibuk mahu menghabiskan kerja pejabat.
5. Lupakan rumah
Apabila berada di pejabat pula, lupakan hal rumah untuk seketika. Dengan
itu, anda dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan kerja
di pejabat. Dan tentunya anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat
kerja pejabat di rumah pula.
. Masa untuk keluarga
Biar sesibuk mana pun anda, keluarga tetap keluarga! Jadi, peruntukkan
waku tertentu untuk dihabiskan bersama mereka. Namun, pastikan anda
mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Contohnya, luangkan masa
seketika bersama anak-anak sebelum tidur dengan membacakan mereka t
eladan ataupun yang seumpama dengannya.
7. Agihkan tugasan
Sebagai ibu berkerjaya, kerja dalam meguruskan rumah tangga, tidak salah
jika suami turut membantu. Selain itu, anak-anak juga boleh diberi
kepercayaan untuk merigankan beban anda. Buangkan sifat tidak yakin
dengan kemampuan mereka. Percayalah, mereka dapat melakukannya
dengan sempurna sama seperti cara anda melakukannya.
8. Dapatkan bantuan
Masa yang terhad sering membuatkan anda kelam kabut. Setengah hari
waktu dihabiskan di pejabat, anda perlu meneruskan perjalanan hari di
rumah pula. Anda tentu kepenatan sehingga kadang-kala mengabaikan
urusan rumah tangga. Jangan begitu, dapatkan bantuan jika tidak berdaya.
Minta bantuan suami mahupun anak-anak.
9. Cuti-cuti
Ketika cuti, habiskan masa yang ada untuk bercuti! Untuk itu, lupakan soal
kerja . Jika ada perancangan dan wang berlebihan, tidak salah rasanya jika
anda sekeluarga bercuti dengan melancong. Tanpa anda sedari, percutian
anda dapat merapatkan lagi hubungan sekeluarga.
10. Sistem kehidupan
Cara ini diyakini dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik
biarpun kelihatan leceh. Malah anda juga akan lebih tenang apabila
berhadapan masalah. Wujudkan sistem peraturan bagi setiap aktiviti dalam
rumah dengan melibatkan seisi keluarga. Sebagai contoh, sediakan bakul
khas untuk menempatkan pakaian kotor. Asingkan pakaian kotor yang
dipakai ke pejabat dan rumah. Selain itu sediakan bakul khas untuk pakaian
berwarna dan putih juga. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah
mengumpulkan pakaian kotor apabila tiba waktu mencuci pakaian.

Tuesday, November 1, 2011

Tips Menenangkan Fikiran

Rutin seharian kita sebagai ibu bapa dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja sentiasa berdepan dengan kesibukan, adakalanya membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut kadang kala boleh menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan sama ada dengan pasangan mahu pun rakan sekerja.
   
Justeru itu, untuk menenangkan fikiran bagi menghadapi kehidupan seharian, ambillah langkah-langkah dibawah.

1. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar perlahan-lahan. Lakukan secara konsisten dan betul, ia mampu memberikan ketenangan pada diri.

2. Ambil wuduk. Berwuduk dapat menenangkan fikiran kerana air dapat megembalikan kesegaran badan yang hilang.

3. Menulis. Senaraikan apa masalah anda dan tuliskan satu per satu apa yang terbuku di hati.

4. Rehat & Tidur yang cukup. Pejamkan mata berehatlah sebentar  atau keluar seketika untuk mengambil udara.

5. Kemas ruang.  Ambil inisiatif untuk megemas ruang kerja atau rumah anda dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

6. Beriadah. dalam kehidupan yang selalu sibuk, cuba luangkan sedikit masa untuk beridah bersama keluarga atau bersendirian. Jiwa anda pasti akan menjadi lapang selepas aktiviti ini.

7. Buang yang remeh-temeh. Asingkan perkara yang remeh-temeh kerana perkara ini yang banyak mempengaruhi produktiviti harian anda,

8. Berkongsi masalah. Jangan simpan masalah anda carilah orang yang anda percayai untuk berbicara dan mendengar masalah anda.

Friday, July 1, 2011

Membentuk Peribadi Anak



Mengikut pendapat Islam, anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa pada peringkat usia lima hingga tujuh tahun. Pendidikan yang sesuai didedahkan pada peringkat ini ialah perkara-perkara mengenai ibadah dan akhlak. Contohnya, kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan solat. Kemudiannya, adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti berikut:

1. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik.
Anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, Mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibu bapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa kesat, kasar dan keras.

2. Mengajar anak adab bergaul dengan rakan.
Anak perlu dinasihatkan supaya tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

3. Mengajar anak adab makan minum yang baik.
Sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Sebaliknya, anak dilatih dulu dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.

4. Mengajar anak adab berpakaian.
Pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

5. Mengajar adab bangun daripada tidur termasuk membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur serta doanya.

6. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas.
Anak perlu diajar cara membuang air kecil dan besar serta cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala dan membelakangkan kiblat.

7. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada ibu bapa.
Timbulkan kesedaran bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap mereka amat besar. Mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai ibu bapa. Kesedaran ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

8. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya.
Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Orang yang lebih tua adalah mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.


Tips Mendisiplinkan Anak-Anak
Perihal mendisplinkan anak-anak merupakan tanggungjawab yang agak berat untuk dilaksanakan dengan sempurna oleh kedua ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika cara yang digunakan tidak kena atau kurang sesuai. Hal ini akan menyebabkan anak cepat memberontak. Tentunya di kemudian hari, mereka lebih sukar untuk dibentuk. Disiplin terhadap anak-anak perlu dipraktikkan sejak kecil, biarpun ketika masih di dalam kandungan. Hal ini kerana bayi boleh mendengar percakapan serta merasa sentuhan yang secara tidak langsung akan memberikan tindakbalas.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘disiplin’ adalah, ianya merupakan peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Namun maksud peraturan yang digunakan di sini, bersifat agak tegas dan ‘mesti’. Bagi kanak-kanak yang melalui proses pembesaran, mereka tidak mahu terlalu terkongkong dengan perkataan ‘jangan’.

Bagi mereka, perkataan seperti itu seolah-olah memberikan lebih banyak tanda tanya dan akan menyemarakkan lagi perasaan rasa ingin tahu mereka. Ibu bapa yang bijak dan mahir menghadapi anak-anak, akan menggunakan perkataan ‘jangan’ yang disertai dengan sebab dan alasan yang kukuh supaya anak-anak lebih mudah memahaminya.

Disiplin merupakan perkara penting dalam membentuk perkembangan fizikal, mental dan emosi yang sihat untuk anak-anak. Pada peringkat satu hingga tujuh tahun, si kecil akan menjadikan ibu bapa, serta kakak dan abangnya sebagai contoh dalam apa jua situasi. Dalam situasi seperti ini, maka mereka yang dewasa perlulah mempamerkan nilai yang baik kepada si kecil. Oleh itu, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang dan bukannya dengan kekasaran.
Perkara paling asas yang perlu dilatih dan diberi perhatian kepada anak-anak ialah meminta maaf seandainya melakukan kesalahan, biarpun ia kesalahan kecil. Pada kebiasaannya anak-anak sukar untuk meminta maaf. Ini kerana mereka tidak memahami erti meminta maaf dan kurang diberi penerangan daripada ibu bapa mereka sendiri. Sebagai contoh, ketika mereka merampas permainan milik kanak-kanak lain, yang disangkakan miliknya.

Peranan ibu bapa adalah memberitahunya bahawa permainan itu adalah kepunyaan kanak-kanak lain dan ajarkan kepada mereka supaya memulangkan semula permainan tersebut. Apa yang lebih penting didik mereka untuk meminta maaf. Dengan cara ini mereka memahami bahawa kepunyaan orang lain tidak boleh diambil tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Selain daripada ucapan meminta maaf, ucapan terima kasih juga perlu dipraktikkan oleh anak-anak. Contohnya, latihlah mereka untuk mengucapkan terima kasih apabila dihadiahkan sesuatu barangan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meminta mereka mengucapkan terima kasih sebaik sahaja anda selesai memandikan dan memakaikan mereka baju. Dengan demikian, mulutnya akan ringan untuk mengucapkan terima kasih di atas apa jua perkara. Anak anda akan menjadi anak yang berkeperibadian mulia dan juga disenangi ramai.
Sesungguhnya didikan awal bermula di rumah.

Jangan Biarkan Anak terlalu Bersih??

Apa reaksi umum orangtua jika melihat anaknya bermain pasir atau lumpur hingga mengotori wajah, tangan, pakaian, atau bahkan seluruh tubuhnya? Panik, marah, atau cenderung membiarkan saja? Menurut para peneliti, biarkan saja anak bermain kotor-kotoran. Bahkan, nak-anak sesekali harus kotor karena jika terlalu bersih, kemampuan kulit anak untuk menyembuhkan diri sendiri justru terganggu atau malah rusak.
Hasil penelitian tim peneliti School of Medicine di University of California, AS, seperti diberitakan Nature Medicine, Senin (23/11), menyebutkan, bakteri bernama Staphylococci yang hidup di kulit membentuk
semacam jaringan yang mencegah peradangan ketika kita terluka. Bakteri itu juga mengurangi reaksi ketahanan tubuh yang berlebihan. Para pakar medis mengatakan, temuan tim peneliti itu memberikan penjelasan atas ”hipotesis kesehatan” yang menyebutkan jika tubuh dibiasakan menghadapi kuman sejak usia dini, maka kemungkinan besar tubuh akan menciptakan jaringan pelindung dari berbagai macam alergi.
Selama ini ada pandangan bahwa obsesi masyarakat pada kebersihan sebenarnya mulai muncul ketika alergi merebak di negara-negara berkembang. ”Temuan ini bisa membantu kita untuk menemukan pendekatan yang baru untuk menangani penyakit-penyakit kulit yang menular,” kata pemimpin tim peneliti Richard Gallo.
Juru bicara untuk lembaga Allergy UK mengatakan, semakin banyak bukti yang menunjukkan bahwa tubuh sebenarnya akan menjadi lebih kebal jika kerap terekspos dengan kuman.

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?



Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.
Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.
Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.




Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Bayi anda meragam atau sering letih.

• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.
Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;

• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;

• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Bagaimana menyediakan makanan bayi secara selamat



Apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal, anda perlu berhati-hati tentang kebersihan. Sistem imunisasi bayi masih belum sempurna, tidak seperti orang dewasa dan perut mereka mudah diserang kuman dan jangkitan. Tip-tip ini akan membantu.

• Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan sebarang hidangan untuk bayi anda.

• Kementerian Kesihatan menyarankan supaya memulakan makanan pejal semasa kira-kira enam bulan. Jika anda memilih untuk bercerai susu sebelum itu, pastikan sudu disterilkan sehingga bayi anda berusia enam bulan dan gunakan mesin pencuci pinggan atau air yang sangat panas untuk mencuci mangkuk dan lain alat makanan bayi. Gunakan kain pengelap yang bersih atau tuala kertas untuk mengeringkannya.

• Makanan bayi yang disediakan untuk kegunaan pada lain masa perlu disejukkan dengan cepat dan kemudian disimpan di dalam peti ais. Makanan yang tidak akan dihidang hari itu atau diberikan dalam masa 24 jam, perlu dibekukan.

• Jika memanaskan semula makanan bayi, pastikan keseluruhan hidangan betul-betul hangat (wap kelihatan) dan biarkan ia sejuk sebelum memberikannya kepada bayi anda. Ujilah hidangan itu dengan meletak secubit pada pergelangan tangan anda untuk memastikan suhunya sesuai untuk dimakan.

• Jangan perangat makanan bayi lebih daripada satu kali.

• Ketuhar gelombang mikro boleh digunakan untuk memanaskan makanan bayi tetapi cuba berhati-hati. Kacaulah makanan itu dengan baik supaya tiada kelompok-kelompok yang terlalu panas dan biarkan makanan sejuk ke suhu yang selamat sebelum memberikannya kepada bayi anda.

• Jika makanan tidak habis dimakan oleh bayi, buangkan saja sisa itu. Makanan yang telah terkena air liur (dari mulut bayi anda atau sudu makan) akan mengandungi bakteria yang cepat membiak jika makanan tidak dibuang.

• Periksa bilakah tarikh bagi “baik sebelum” dan “gunakan sebelum” pada makanan dalam tin/botol yang hendak diberikan kepada bayi anda. Jika anda mahu memberikan bayi makanan yang bukan disedia secara segar, atau jika anda mahu menyimpan makanan bayi yang berlebihan (yang tidak pernah dipanaskan semula atau bersentuhan dengan mulut bayi anda) anda boleh menyimpannya dalam peti ais selama 24 jam selepas dibuka. Buangkan semua makanan lama yang sudah dipanaskan sekali atau yang telah diusik, iaitu, diberikan kepada bayi dalam bekasnya.

• Cuci kerusi tinggi budak, alas dada serta ruang-ruang makanan bayi dengan air panas bersabun atau lapkan dengan pencuci antibakteria. Pastikan dapur anda bersih, terutamanya lantai, yang bayi suka pergi merangkak!

• Jika bayi anda makan makanan jejari atau makan menggunakan tangan, jangan lupa mencuci tangannya sebelum dia makan.

• Periksa suhu peti ais anda; ia mesti cukup dingin antara 0 darjah C dan 5 darjah C (32 – 41 darjah F). Belilah termometer peti ais jika itu tidak dibekalkan.

• Tukar tuala dapur dan kain pengelap dengan kerap.

• Masak telur sehingga kuning telur dan putih telur cukup keras, dan masaklah daging sehingga tiada kelihatan kesan darah di bahagian tengahnya.

• Jika makanan dibekukan, nyahbekukannya dengan sempurna sebelum dimasak, kecuali jika arahan di paket menyatakan sebaliknya.

Tingkatkan Kreativiti Anak Melalui Lukisan dan Kraf



MELIHAT seorang kanak-kanak melukis beberapa bulatan sama, saya bertanya kepada si kecil, apakah makna lukisannya. Jawapannya: “Bulatan pertama ini kuda, yang tengah ni harimau dan yang hujung pula gajah. Semua binatang ni ada dalam zoo.”
Si kecil kemudian bercerita apa yang dilakukan haiwan dalam lukisannya. Tertarik mendengar ceritanya, saya cuba mencelah dengan tujuan mahu menjadikan cerita lebih menarik sambil merujuk bulatan kedua sebagai kuda (kerana semua bulatannya sama). “Bukanlah, yang tengah ni harimau,” tegur si kecil membetulkan kesilapan itu.
Saya terpegun kerana dengan hanya melukis bulatan, si kecil boleh ‘mencipta’ permainan atau aktiviti mindanya sendiri. Lebih mengagumkan, setiap bulatan ada watak tersendiri yang menjadi satu cerita dalam mindanya, sedangkan semua bulatan sama besar dan tiada tanda membezakannya.
Menurut ibu bapanya, mereka menggalakkan anak melukis kerana ia antara cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai pendapat sama seperti ibu bapa si pelukis kecil kerana ada yang merungut melihat anak lebih suka melukis dan cepat hilang minat apabila diajar mengenal huruf dan angka.
Kebanyakannya bimbang anak mereka akan ketinggalan berbanding rakan sebaya yang mungkin sudah boleh mengira atau menghafal beberapa abjad. Malah, ada ibu bapa menganggap minat anak untuk melukis sebagai kurang berguna atau tidak bermanfaat.
Pun begitu, kebanyakan ibu bapa tetap membeli buku, pensil dan alat mewarna dengan tujuan memberi aktiviti kepada si kecil, sekali gus mengelak mereka meragam atau mengacau kerja sekolah anak lebih tua.
Lumrah kanak-kanak suka melukis. Bermula daripada conteng-conteng, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka pandai melakar bentuk tertentu; semuanya dilakukan dengan tekun dan sepenuh hati.
Melukis bukan kerja sia-sia walaupun lukisan anak anda tampak seperti cakar ayam. Justeru, usah halang minat ini kerana ia banyak manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak.
Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.
Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Malangnya, kebanyakan kita lebih banyak menggunakan otak kiri dan membiarkan sel otak kanan ‘menjadi tua’ dengan sia-sia. Mungkin ini sebabnya ramai antara kita cepat mengalah apabila berdepan halangan, sedangkan ia boleh diatasi jika kita boleh berfikir secara kreatif.
“Cuba perhati anak anda melukis. Mereka memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ini adalah cara melatih anak memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
“Malah, bagi kanak-kanak lebih kecil pun, memegang pensil atau pensil warna adalah proses pembelajaran. Ia membantu perkembangan otot tangan dan kawalan motor iaitu kemahiran yang membolehkan seseorang kanak-kanak melakukan perkara seperti menulis dan memegang objek kecil.
“Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh membuat anak tertekan.
“Keadaan menjadi lebih payah kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan. Jadi usah halang anak melukis, ia menggembirakan mereka,” katanya.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
# Logik
# Kreativiti
# Keyakinan diri
# Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
# Perkembangan kemahiran tangan
# Pandai meluahkan emosi
# Koordinasi tangan dan mata
# Membentuk personaliti
# Menghargai kecantikan
Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.
Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka.
Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan.
Usah buat tafsiran sendiri kerana anda tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya minta mereka cerita mengenai lukisannya. Tanpa sedar, anda sebenarnya menggalakkan anak untuk berfikir — bermula daripada melukis hinggalah kepada bercerita.
Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka pendiam. Komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan dalam situasi begini, lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak.
Komen positif terhadap hasil kerja anak akan membuatkan mereka gembira. Biasanya dalam keadaan gembira kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Dalam keadaan membabitkan kanak-kanak kecil, mereka mungkin tidak faham apa yang anda puji, tetapi nada suara dan senyuman anda membuatkan mereka tahu mereka melakukan sesuatu yang baik dan disukai.
Lebih banyak anda terbabit dalam aktiviti ini, anak berasa lebih seronok. Malah, ibu bapa boleh melukis bersama dengan anak yang secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan masa berkualiti bersama si kecil.
Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama mereka. Banyak boleh dilakukan seperti menyediakan tempat atau bilik khas untuk menggantungkan lukisan anak.
Jika rumah sempit, anda boleh membuat ‘ampaian khas’ untuk menggantungkan lukisan anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini memudahkan anda menukar apabila si kecil menghasilkan karya baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di atas kertas dan bukan di dinding!
Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanak-kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan.
Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanak-kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan.
Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan.
Pertandingan lukisan
Jika diperhatikan di negara kita dalam apa juga acara yang membabitkan keluarga, pasti ada acara pertandingan mewarna atau melukis. Biasanya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak kecil dan bagi kanak-kanak lebih besar diadakan pertandingan melukis.
Antara agenda penganjur ialah memberi aktiviti kepada kanak-kanak tanpa menyedari ia acara yang sangat berguna. Ia bukan saja memberi peluang kanak-kanak melahirkan kreativiti, tetapi merangsang kemahiran menyelesaikan sesuatu tugas dalam masa ditetapkan.
Kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas layak memasuki pertandingan melukis kerana pada peringkat umur ini mereka ada ilham dan pandangan sendiri terhadap sesuatu perkara sesuai dengan tema pertandingan.
Mereka akan mempunyai pengetahuan lebih luas jika ibu bapa sentiasa meluangkan masa bercerita mengenai isu semasa, sama ada di dalam atau di luar negara, khususnya membabitkan kanak-kanak. Yang membezakan ialah kreativiti, kemahiran mengadun warna dan kesungguhan melakukannya.
“Pertandingan boleh menjadi saluran menguji kanak-kanak daripada segi moral, kesabaran, kepekaan terhadap sekeliling, kreativiti dan kemampuan bertolak ansur. Ini kerana dalam pertandingan, mereka dalam situasi mencabar untuk menghasilkan kerja yang lebih baik daripada orang lain.
“Mereka juga perlu belajar bertolak ansur dan menerima kekalahan. Bagi kanak-kanak, ia bukan mudah kerana jika di rumah, mereka tetap dapat ganjaran walaupun kerja dihasilkan kurang baik. Namun dalam pertandingan, mereka perlu belajar terima hakikat ada orang yang lebih baik.
Selain perlu memberi lebih tumpuan dan membuat persediaan, pertandingan lukisan menuntut kanak-kanak belajar melakukan tugas dengan teratur, cepat dan paling penting berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat hasil baik.
“Ini antara persediaan awal untuk kanak-kanak menghadapi masa depan. Kanak-kanak sekarang manja kerana mempunyai ibu bapa yang boleh memenuhi hampir semua permintaan mereka. Semua ibu bapa mahu memberi kehidupan baik kepada anak dengan cara itu, tetapi tindakan ini ada kekurangannya.
“Anak secara tidak langsung belajar bahawa jika mahukan sesuatu, mereka hanya perlu minta daripada ibu bapa tanpa perlu berusaha. Anak perlu diajar berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan sesuatu yang istimewa jika mahukan sesuatu. Ini adalah hakikat kehidupan sebenar yang perlu dipupuk dari kecil.
Sama seperti dalam pertandingan lukisan, kalau mahu menang, mereka perlu bekerja keras menghasilkan karya unik dan baik. Andai kalah, bermakna mereka belum cukup baik dan perlu berusaha lagi. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Bahkan beberapa ibu yang ditemui dalam satu pertandingan juga mengakui melihat perubahan besar pada anak, terutama keyakinan mereka selepas beberapa kali menyertai pertandingan lukisan. Kebanyakannya menjadi lebih yakin, berani dan boleh berbual dengan rakan yang baru pertama kali ditemui dalam satu-satu pertandingan.
Mereka juga boleh menerima setiap keputusan dengan hati terbuka dan menjadikan kekalahan sebagai cabaran untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi pertandingan akan datang. Walaupun ramai tidak dapat hadiah, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membimbit hasil karya yang mempamerkan kesungguhan dan kreativiti mereka.

Didikan Ke arah Anak-Anak Yang Soleh



Setiap dari kita mengharapkan agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh. Untuk melahirkan anak-anak yang soleh, ia memerlukan dua kunci utama: Pertama: ia harus bermula dari diri kita sendiri sebagai ibu-bapa. Kedua: pendidikannya harus bermula dari kandungan di perut ibu lagi.

Bagaimana ia harus bermula dengan diri kita sendiri sebagai ibu-bapa. Kita harus menunjukkan contoh yang baik untuk menjadi ikutan anak-anak kita. Sebagai contoh, apabila kita menyuruh anak kita agar belajar, kita harus bersama-sama dengan mereka membaca dan tidak menonton televisyen. Jika kita tidak mahu anak lelaki kita merokok, kita juga tidak harus merokok. Jika kita tidak mahu anak perempuan kita memakai pakaian yang membuka aurat, kita juga tidak harus memakai pakaian yang membuka aurat.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, jika kita menyuruh anak kita melakukan sesuatu sedangkan kita sendiri tidak melakukannya, atau kita melarang anak kita melakukan sesuatu sedangkan kita sendiri melakukannya, maka ia akan mengurangkan sifat hormat anak-anak kita terhadap diri kita. Tentu sekali kita tidak mahu ditegur sebagai ‘cakap tak serupa bikin’.


Kunci kedua bagi melahirkan anak-anak yang soleh adalah dengan pendidikan yang bermula dari kandungan itu sendiri, bahkan dari waktu pertama titisan air mani bertemu dengan telur di rahim. Rasulullah s.a.w mendidik kita agar meminta perlindungan dari Allah apabila kita menggauli isteri kita kerana ketika itu, jika kita tidak meminta perlindungan dari Allah, syaithan akan mendahului kita mencampakkan benihnya dalam rahim isteri kita. Maka tidak hairanlah jika ada di kalangan kanak-kanak yang secara semulajadi kasar tabiatnya. Bukan salah kanak-kanak itu tetapi salah ibu bapanya yang tidak mengikut apa yang diajar oleh Islam.

Ketika isteri kita mengandungkan anak kita, pendidikan anak kita sudah boleh bermula. Janin dalam perut sudah boleh mendengar bunyi-bunyian, walaupun mereka tidak memahaminya. Ini sudah terbukti dari kajian-kajian sains sekarang ini. Akan tetapi, saudara-saudara sekelian, Allah s.w.t telah memberitahu kita umat Islam sejak 1400 tahun dahulu. Kita tidak perlu menunggu kajian sains untuk membuktikannya. Dengarlah firman Allah s.w.t dalam surah As-Sajadah, ayat 23:

Ertinya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Perkara pertama yang dianugerahkan kepada manusia adalah pendengarannya. Kemudian barulah datang penglihatan dan akhirnya akal fikiran. Maka apakah bunyian dan suara yang ingin kita perdengarkan kepada anak kita dalam kandungan? Apakah bunyian dan suara yang ingin kita biasakan mereka mendengarkannya dan merasa tenang dengannya? Adakah nyanyian dan muzik? Atau adakah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran? Adakah kita ingin memperdengarkan mereka kata-kata kesat dan kotor? Atau adakah kita ingin memperdengarkan mereka dengan kata-kata lembut dan sopan? Ketahuilah bahawa apa yang biasa didengar oleh janin dalam kandungan akan tercetak di akalnya sehingga dia hanya merasa tenang dan biasa dengan bunyi-bunyian tersebut apabila ia dilahirkan kelak. Maka pilihlah bunyi-bunyian yang boleh menjadikannya anak yang soleh, anak-anak yang baik pertuturannya dan akhlaknya dan senang dengan Al-Quran, bukan yang kasar akhlaknya dan berasa janggal dengan Al-Quran.

Anak-anak adalah seperti kain putih. Sebagai ibu-bapa, kitalah yang mencorakkannya. Kitalah yang menentukan apakah warna dan bentuk yang ingin buat atas kain putih tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci bersih. Maka ibu-bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.

Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak kita menjadi orang-orang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kita mahu anak-anak kita menjadi orang Islam. Kita mahu anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh. Maka ituklah ajaran Islam dalam pendidikan anak-anak kita. Insya Allah kita akan memperolehi anak-anak yang soleh. Sebaliknya, jika kita meniru cara-cara orang Yahudi, Nasrani dan Majusi dalam pendidikan anak-anak kita, maka mereka akan meniru cara-cara yang bertentangan dengan Islam.

Islam telah meletakkan garis pandu bagi umatnya dalam perihal pendidikan anak-anak. Ada dua aspek yang penting dalam Islam: iaitu bantuan dari manusia dan keberkahan dari Allah.

Aspek yang pertama, bantuan dari manusia ini merupakan teknik-teknik yang boleh diterapkan dalam pendidikan anak-anak. Sebagai contoh, apabila kita mengatakan kita adalah orang Islam, dan apabila kita mengatakan bahawa kita mahu anak-anak kita menjadi anak yang soleh, kita harus tanya diri kita sendiri, berapa pentingkah agama Islam itu terhadap diri kita dan anak-anak kita? Apakah keutamaan atau ‘priority’ yang kita letakkan terhadap pendidikan agama? Atau adakah kita lebih memberi keutamaan terhadap pendidikan yang tiada unsur agama Islam, seperti belajar bermain alat-alat muzik, berdansa dan sebagainya? Adakah anak-anak kita lebih mengetahui tentang jenis-jenis lagu dari rukun-rukun Islam dan Iman? Tidakkah rukun-rukun Islam dan Iman itu adalah asas keislaman seseorang? Apabila pulang nanti, cuba tanya kepada anak-anak kita, apakah itu rukun-rukun Islam dan Iman. Adakah mereka menghafalnya? Adakah mereka mengetahuinya? Bagaimana hendak dinamakan orang-orang Islam jika asas keislamannya dia tidak mengetahuinya?

Ramai kanak-kanak Islam sekarang lebih mahir membaca buku-buku Inggeris dari membaca Al-Quran. Ramai ibu-bapa meletakkan keutamaan atau priority dalam kefasihan anak-anak mereka membaca dan bertutur bahasa Inggeris, kerana menurut mereka bahasa tersebut menentukan kejayaan kanak-kanak tersebut di sekolah, terutama sekali dalam era internet sekarang ini. Ini tidak salah dalam Islam.

Tetapi kita juga mesti memberikan keutamaan dalam memastikan agar anak-anak kita mahir juga membaca Al-Quran, bukan merangkak membaca Al-Quran, atau lebih teruk, buta huruf Al-Quran. Sekiranya bahasa Inggeris dalam membantu kejayaan seseorang di dunia ini, bahasa Al-Quran dengan tidak syak lagi dapat memastikan kejayaan seseorang di akhirat kelak. Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran dan beramal apa yang didalamnya akan bersama-sama para malaikat yang terpuji. Dan setiap ayat Al-Quran yang dibaca, walaupun tidak difahami, merupakan satu tingkatan di Syurga. Lebih banyak ayat Al-Quran yang dibaca, lebih tinggi kedudukan seseorang di Syurga. Saya ingin bertanya kepada saudara-saudara sekelian, kehidupan manakan yang lebih abadi dan kekal, kehidupan di dunia inikah atau kehidupan di akhirat?

Sekiranya kita mengatakan bahawa kehidupan akhirat yang kekal, maka janganlah kita abaikan pendidikan anak-anak kita dalam membaca dan mengetahui huruf-huruf Al-Quran. Jangan biarkan anak-anak kita tidak mahir atau tidak tahu tahu langsung tentang tanggungjwab mereka sebagai orang Islam. Jika ini berlaku, kita telah gagal dalam tugas kita sebagai ibu bapa Islam, walaupun anak-anak kita menjadi orang yang paling berjaya di dunia. Jika kita tidak mampu mengajar anak-anak kita membaca Al-Quran, hantarkan lah ia ke kelas-kelas pengajian Al-Quran, kerana Al-Quran akan menjadi benteng anak-anak kita dari terpengaruh dengan aqidah-aqidah agama lain yang menyeleweng.

Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya



Dilema bagi kebanyakan ibu berkerjaya ialah pembahagian masa antara diri, keluarga dan kerjaya. Tanpa pengurusan masa yang betul, ia mampu membebankan fizikal dan mencabar minda. Ketahui teknik pengurusan masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkerjaya.

1. Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas diri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Tahukah anda? Jika anda tidak
mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami dan kerjaya dengan sempurna. Pastikan makanan yang disediakan sihat dan jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Tetapkan jadual kerja
Orang yang mengamalkan disiplin yang ketat biasanya berjaya dalam
kehidupannya. Jadi, untuk berjaya, anda perlu lebih berdisiplin. Buatlah
jadual dan ingat! Jangan sesekali melanggarnya. Senaraikan dan susun
mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang, dengan disiplin yang
ketat, anda pasti dapat menyelesaikannya. Percayalah!

3. Fokus pada kerja
Bagi kebanyakan orang pendapatan bulanan yang diperoleh datangnya daripada jawatan yang disandang sekarang. Jadi, andaa perlu pandai menguruskan masa yang melibatkan kerja dan keluarga agar tidak
kehilangan punca pendapatan. Ketahuilah, apabila seseorang menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa saja kerja yang dilakukannya, kerja tersebut pasti dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

4. Kerja pejabat ditinggalkan
Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat juga. Jika kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan di bawa pulang, pasti akan mengurangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk mahu menghabiskan kerja pejabat.

5. Lupakan rumah
Apabila berada di pejabat pula, lupakan hal rumah untuk seketika. Dengan itu, anda dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan kerja di pejabat. Dan tentunya anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat kerja pejabat di rumah pula.

6. Masa untuk keluarga
Biar sesibuk mana pun anda, keluarga tetap keluarga! Jadi, peruntukkan waku tertentu untuk dihabiskan bersama mereka. Namun, pastikan anda mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Contohnya, luangkan masa
seketika bersama anak-anak sebelum tidur dengan membacakan mereka teladan ataupun yang seumpama dengannya.

7. Agihkan tugasan
Sebagai ibu berkerjaya, kerja dalam meguruskan rumah tangga, tidak salah jika suami turut membantu. Selain itu, anak-anak juga boleh diberi kepercayaan untuk merigankan beban anda. Buangkan sifat tidak yakin
dengan kemampuan mereka. Percayalah, mereka dapat melakukannya dengan sempurna sama seperti cara anda melakukannya.

8. Dapatkan bantuan
Masa yang terhad sering membuatkan anda kelam kabut. Setengah hari waktu dihabiskan di pejabat, anda perlu meneruskan perjalanan hari di rumah pula. Anda tentu kepenatan sehingga kadang-kala mengabaikan
urusan rumah tangga. Jangan begitu, dapatkan bantuan jika tidak berdaya. Minta bantuan suami mahupun anak-anak.

9. Cuti-cuti
Ketika cuti, habiskan masa yang ada untuk bercuti! Untuk itu, lupakan soal kerja . Jika ada perancangan dan wang berlebihan, tidak salah rasanya jika anda sekeluarga bercuti dengan melancong. Tanpa anda sedari, percutian anda dapat merapatkan lagi hubungan sekeluarga.

10. Sistem kehidupan
Cara ini diyakini dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik biarpun kelihatan leceh. Malah anda juga akan lebih tenang apabila berhadapan masalah. Wujudkan sistem peraturan bagi setiap aktiviti dalam
rumah dengan melibatkan seisi keluarga. Sebagai contoh, sediakan bakul khas untuk menempatkan pakaian kotor. Asingkan pakaian kotor yang dipakai ke pejabat dan rumah. Selain itu sediakan bakul khas untuk pakaian berwarna dan putih juga. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah mengumpulkan pakaian kotor apabila tiba waktu mencuci pakaian.

Tuesday, June 28, 2011

Tanda-tanda awal anak prasekolah anda seorang yang genius


Menurut Persatuan Kebangsaan Kanak-kanak Berbakat, kira-kira 5 peratus -atau tiga juta kanak-kanak  di Amerika Syarikat dianggap berbakat. 

Bagaimana anda boleh tahu jika anak anda salah seorang daripada mereka? Berikut adalah beberapa tanda-tanda awal kanak-kanak prasekolah adalah seorang yang berbakat. ( sumber dari Persatuan Kanak-kanak Berbakat   di Universiti of Duke Amerika):

1. Belajar dengan cepat dan mengingati sesuatu dengan mudah
2. Nampaknya matang dari usia sebenar
3. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas
4. menunjukkan  minat luar biasa dalam mempelajari bahasa ,
5. mampu membaca secara berdikari pada usia awal 3 atau 4 tahun.
6. Mencuba untuk menyelesaikan masalah
7. Lebih suka rakan sepermainan yang lebih tua 
8. Mempunyai sifat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling
9. Mempamerkan rasa ingin tahu yang  tinggi
10. Banyak bertanya soalan secara  intelektual
11. Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap manusia dan haiwan
12. Menunjukkan minat untuk bermain teka-teki, silang-kata, dan nombor
13. Mudah bosan dengan sesuatu yang telah diketahui
14. Mempunyai paras tenaga yang tinggi

Jika anak anda mempunyai beberapa ciri-ciri ini, pertimbangkan anak anda untuk dinilai oleh seorang pakar perkembangan kanak-kanak.  Anda juga boleh membantu memupuk bakat semula jadi anak anda dengan membaca kepadanya dan memperkenalkan kepada mereka kemahiran  seperti seni, muzik, alam, dan sukan.

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011