-------------------------------------------------------------------

Sunday, February 28, 2010

KEJAM SUNGGUH MANUSIA ITU

Hari ini saya tak tergamak hendak membaca berita tentang penderaan kanak-kanak berumur 3 tahun. Umur budak tu sebaya umur anak saya Zulaikha... sedang anak saya dibelai, dikasihi, dijaga dengan baik , ditatang bagai minyak yang penuh tapi di luar sana ada manusia durjana yang sanggup mendera kanak-kanak sehingga mati.

Kemanakah hilangnya sifat peri kemanusiaan orang itu? Lupakah dia yang pada satu masa dulu dia juga pernah menjadi kanak-kanak dan dia membesar dan dewasa... Tak de pulak ibu atau ayah dia mendera dia. Kenapa sampai masa dia tak ada langsung hati dan perasaan. Apakah kesalahan kanak-kanak itu? Saya rasa budak-budak nakalnya setakat menangis sahaja la kereneh dia... itu pun menangis sebab mereka dambakan kasih sayang dan manja.Atau mungkin dia lapar atau mungkin dia sakit.

Saya betul-betul emosi hari ini bila mendengar berita yang sedemikian. Selalunya saya memang tak akan membaca sendiri berita yang macam ini kerana sememangnya saya pasti akan melelah air mata ketika membaca. Suami saya yang akan menjadi pencerita tentang berita-berita macam ni.Seperti biasa hari ini suami sayalah yang menceritakan berita sedih ini. Jantung saya bagaikan hendak tercabut.

Semasa saya menaip di ruang ini pun air mata saya meleleh-leleh tanpa dipaksa.. Saya terasa terlalu kecewa dan sedih dan marah dan entah bermacam-macam perasaan yang saya rasa sekarang.Saya benar-benar tidak faham apakah yang ada didalam otak fikiran manusia yang sanggup mendera kanak-kanak itu?? Tak ada ke sedikit rasa hiba dan simpati?

Setiap hari ada saja berita bayi dibuang. Kenapa harus mereka diperlakukan begitu? Seandainya ada yang terbaca artikel ini dan ada terlintas nak buang bayi hubungi saya.. jangan dibuang bayi itu.. Ramai kawan-kawan serta insan lain yang sanggup menjaga bayi itu. Seandainya ada sesesiapa yang sudah tidak mampu untuk membela seorang kanak-kanak lantaran masalah apa jua pun hubungi saya kerana ramai juga di luar sana yang sanggup membela kanak-kanak itu. Janganlah dibuang bayi itu kerana dia bukannya barangan dan janganlah didera kanak-kanak itu sedangkan binatang pun kita bela dengan baik.

Baik bayi mahupun kanak-kanak itu , mereka itu manusia dan mempunyai perasaan.. sakit, sedih ... Argggggh terlalu emosional saya hari ini.

Thursday, February 18, 2010

KERANA SEHELAI RAMBUT

Pagi ini saya dan suami saya terasa lesu dan penat kerana tak cukup tidur. Sedang kami semua diulit mimpi, dalam pukul 4.30 pagi tadi saya dan suami terkejut dari tidur apabila mendengar bunyi Qaisarah tersedak. Saya dengan pantasnya mencapai Qaisarah , dalam dia terbatuk-batuk tiba-tiba dia terus muntah.Suami saya pun mengambil bahagian mencari kain untuk menadah muntah Qaisarah namun semakin kami cukup menepuk dan mengurut belakang Qaisarah makin dia banyak muntah.
Paniknya kami tak boleh nak diceritakan. Qaisarah terus muntah dan muntah macam air pancut. Seperti biasalah saya akan memulakan episod drama saya dengan menangis. Saya memang tak boleh tengok anak saya dalam kesakitan terasa bagaikan saya nak tukar jer kesakitan itu. Akhirnya bila dah hampir 20 minit dia muntah dan menangis dan tersedak tiba-tiba Qaisarah berhenti.
Bila dia dah stabil Qaisarah terus buka mulut dia dan jelir lidah rupa-rupanya yang menyebabkan dia tersedak dan termuntah tu sebenarnya kerana ada sehelai rambut yang melekat di lidahnya. Terus saya keluarkan rambut yang melekat dan Qaisarah terus tersenyum macam tak ada apa yang terjadi. Adus!!!! Bila saya tengok jam masa tu dah dekat pukul 6 jadi mana bleh nak sambung tidur....

Saturday, February 6, 2010

AKU CAPEKKKKKKKKKK!!!!!!

Hari ini hari Ahad... hari yang sepaling bz saya di Tatapan Minda. Bukan bz mengajar tetapi bz menghantar pelajar dari blok depan ke belakang dan dari blok belakang ke depan. (Tapi heran wal ajaibnya badan saya tak jugak slim.)

Seperti biasa setiap hari Ahad di Tatapan Minda kami semua sibuk yang amat-amat kerana sesi kelas paling pack between 9 pagi hingga 12 tengahari. Kelas yang berjalan cuma kelas Membaca dan Spoken English tetapi yang menjadikan penat dan sibuk kerana bilangan pelajarnya yang semakin meningkat. Sepanjang jam 9 - 12 tu.. 20 kelas yang berjalan....

Bila dah banyak pelajar maka banyak la kerenah yang ada. Bila pelajar dah banyak ibu bapa pun banyak jugak...Naik penat mulut saya senyum dan bercakap. Hehehe sampai saya nak ke toilet pun tak sempat...
Mujurlah by 12 tghari senyap semula... sesi pack akan bermula semula jam 3 ptg nanti. Aduh!!!! kaki ku pun terasa sakit kerana berjalan ke depan ke belakang pastu naik tangga dan turun tangga.

Bak kata KID pada saya semalam capek...... Jadi saya pun capek jugak ler ari nih...

Thursday, February 4, 2010

SENGGUGUT YANG TERUK AWAS!!!

Hari ni saya dekejutkan dengan berita yang sungguh sedih. Adik saya masuk hospital dan terpaksa melalui pembedahan kerana ketumbuhan rahim.
Tak sangka... senggugut yang adik saya alami sejak zaman sekolahnya dulu merupakan petanda awal yang dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan dalam rahim.
Saya ingat lagi semasa adik saya sekolah dlu setiap kali dia datang bulan dia mesti ada senggugut yang teruk. KAdang2 tu sampai muntah-muntah. Setiap kali dia sakit dia pasti makan ubat tahan sakit. Hinggakan bagi saya ubat tahan sakit dengan adik saya adalah ibarat teman rapat.
Dulu mak saya selalu kata senggugut ni bila umur dah meningkat akan semakin berkurang. Tapi senggugut adik saya tak pun berkurang.. Ia berlarutan sehingga adik saya masuk UKM. Saya ingat lagi ada ketika dia pernah keluar muntah hijau kerana sakit senggugut. Saya pernah nasihat dia pergi berjumpa doktor pakar tapi dia cuma pergi jumpa doktor biasa sahaja.Mungkin faktor kewangan menjadi sebab.
Selepas grad, adik saya bekerja senggugut dia masih juga tak ada beza macam dulu. Adik saya pernah mencuba berjumpa doktor pakar tapi doktor tak dapat kesan apa masalahnya.
Sampailah semalam merupakan pengalaman ngeri yang saya rasa saya sendiri tak sanggup nak tengok...darah meleleh ke kaki dan yang keluar adalah darah yang berketul-ketul.
Tengah malam tadi terus kami bawa adik saya ke hospital dan tengahari tadi dia selamat membuang seketul ketumbuhan sebesar bola tennis.

KEPADA ADIK KU LISA SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAKLONG HARAP SELEPAS INI SENGSARAMU AKAN BERAKHIR

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011