-------------------------------------------------------------------

Friday, July 9, 2010

SIAPAKAH JEJAKA INI? SAPA TAHU

pandang la lihat la diriku yang hensem.... sapa tahu sapa ni???

Saturday, June 26, 2010

KELAS SAINS FORM 3 Di TATAPAN MINDA

Wajah-wajah ceria budak kelas Form 3 Science ..... yang depan ni syafiq n izzudin.....yang belakang sket tu asyraaf.... yang tudung hitam tu nasyitah dan hanani
 Yang tersenyum lebar tu Cikgu Kamarul.... 

Tuesday, June 8, 2010

Aku dan FB

Setelah lama meninggalkan alam persekolahan tidak langsung saya pernah terfikir akan dapat menghubungi kawan-kawan sekolah semula. Ingatan serta kenangan manis semasa di sekolah sentiasa tersemat di hati ini. Saya terlalu merindui saat-saat manis semasa di asrama dulu.Saya selalu berharap dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama... bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita kerana zaman telah berubah.

Facebook permulaan segalanya...saya tengok suami saya leka dengan FB kekadang tersenyum sendiri kekadang bercakap sendiri.. Hati ini tertanya-tanya apa hal lah suamiku ini.... Risik dan terus risik rupa-rupanya suami saya tersenyum melihat perubahan pada kawan-kawan sekolahnya dulu.

Saya pun barulah terfikir untuk mendaftar sendiri FB atas nama saya. Suami saya berpesan kalau nak senang cari kawan lama mesti guna nama penuh. Saya pun ikut sajalah.Saya memang berazam nak cari kawan-kawan lama di Sekolah Tun Syed Shahabudin aka SOKSEK.

Hari pertama saya mendaftar nama yang saya masukkan sebagai kawan saya ialah suami saya dan diikuti oleh anak-anak , sepupu sepapat dan sedara-mara. Hati ini terdetik juga... macam mana nak mula mencari kawan nih. Esoknya saya dapat reqeust dari seseorang. Seronoknya bukan kepalang dia adalah kawan semasa di SOKSEK dan juga semasa saya di kolej dulu.AHAHAH sekali try terus dapat sorang.. terima kasih Sukriyah Shafiee kerana menjadi orang pertama yang mencari saya di FB.

Seterusnya saya mula mencari kawan-kawan yang lain melalui profile Sukriyah. Di situlah saya mula dapat mencari kawan-kawan lama.Saya teringat pesanan suami kalau nak senang cari menggunakan nama penuh.. saya mula jumpa Zureena, Rosidah, Nur Faizura, Sharizan ,Nekmah, Mieza... seronoknya hati ini mereka ni antara kawan-kawan yang memang saya rapat semasa sekolah.makin lama kini dah hampir 5 bulan saya ber FB dan dah ramai jugak kawan-kawan sekolah dulu yang saya jumpa... walaupun ramai jugak yang saya tak berapa rapat semasa sekolah dulu namun bila sekarang asalkan tahu dia dari sekolah lama terus kembang keseronokan hati ini.

Setelah hampir 20 tahun meninggalkan zaman sekolah, masing-masing dengan kehidupan sendiri... Ada kawan-kawan yang masih tidak berubah .macam dulu tetap mesra namun ada juga kawan-kawan yang agak berubah. Perubahan mereka mungkin kerana mengikut edaran zaman dan juga latar kehidupan .... Dalam ramai kawan-kawan yang saya ada, saya masih lagi mencari-cari.... kemanakah dia...kawan saya Nur Faezah , Rohani @ Leha dan Zuhaili....

Itulah kisah aku dan FB... ( hahaha macamlah orang lain tak de FB.... saya jer yang kecoh dan feeling kan)

Monday, June 7, 2010

CERITA KUCING ZULAIKHA

CERITA ZULAIKHA

ADA SEEKOR KUCING DIA RASA LAPAR..DIA PUN JALAN-JALAN PERGI CARI MAKAN... DIA JUMPA BURUNG.BURUNG SEDANG KASI ANAKNYA MAKAN.. KUCING MINTA SIKIT TAPI BURUNG KATA TAK BOLEH SEBAB ITU MAKANAN ANAK BURUNG, KUCING TAK BOLEH MAKAN.
LEPAS TU KUCING JALAN-JALAN LAGI DIA NAMPAK ADA LEMBU SEDANG MAKAN RUMPUT.KUCING PUN MINTA MAKANAN LEMBU SIKIT TAPI LEMBU KATA TAK BOLEH SEBAB LEMBU MAKAN RUMPUT DAN KUCING TAK MAKAN RUMPUT. KUCING RASA SEDIH SANGAT.
KUCING JALAN LAGI SAMPAI DIA RASA TAK LARAT NAK JALAN SEBAB DIA RASA LAPAR SANGAT.TIBA-TIBA DIA NAMPAK ADA RUMAH.. KUCING BAU ADA MAKANAN SEDAP DALAM RUMAH TU.. KUCING TERUS BERLARI TENGOK APA MAKANAN YANG BOLEH DIA MAKAN..
DALAM RUMAH ITU ADA SEORANG BUDAK PEREMPUAN NAMA ZULAIKHA TENGAH NAK MAKAN AYAM GORENG.. HMMMM SEDAPNYER AYAM GORENG.. KUCING TERINGIN NAK MAKAN AYAM GORENG TU... KUCING PUN CUBA MINTA SIKIT MAKANAN ZULAIKHA... MEOW! MEOW! KATA KUCING... ZULAIKHA DENGAR KUCING TU MINTA MAKANAN..ZULAIKHA KESIAN KUCING TU..TERUS DIA KASIK KUCING TU KONGSI AYAM GORENG...
NYUM..NYUM... MAMA KATA SHARE - SHARE MASUK SYURGA .... JADI ZULAIKHA PUN SHARE MAKANAN DENGAN KUCING.. KUCING MAKAN SAMPAI KENYANG DAN ZULAIKHA PUN MAKAN SAMPAI KENYANG... KALAU AYAM HABIS NANTI MINTA MAMA GORENG LAGI...
THE END...

'CERITA DAH ABIS LAH MAMA JUM KITA TIDO' AJAK ZULAIKHA.. ITULAH DIA CERITA ZULAIKHA.
SAYA TENGOK JAM DAH PUKUL 3 PAGI... HMMM JUM LA SAYANG KITA TIDUR.

Monday, May 31, 2010

SAJAK KEHIDUPAN

HIDUP,
KEKADANG TAK SEINDAH YANG DIRANCANG
SETIAP HARI YANG DILALUI PENUH DENGAN SATU PENGHARAPAN

HARAPAN,
AGAR HARI INI SESUATU YANG INDAH DAN MANIS AKAN TERJADI...
MENGHAPUS LARA DI HATI

LARA,
ALANGKAH INDAH JIKA TIADA ARAL YANG MELINTANG
APA DIRANCANG BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG HALANGAN DAN DUGAAN

DUGAAN,
APA PUN YANG MENDATANG HATI AKAN TERUS PASRAH DAN TABAH MENGHARUNGI
RENCAH KEHIDUPAN INI

RENCAH KEHIDUPAN INI.....
TANPA HIDUP ,TANPA DUGAAN , TANPA LARA ...
MANUSIA AKAN ALPA DAN LEKA

Friday, May 21, 2010

KESIAN AKU DIMARAHI STUDENT....DUNIA SUDAH TERBALIK

Petang tadi ada kelas EA Form 5 di Tatapan Minda. Seperti biasa kelas ni antara kelas yang paling riuh among kelas Form 5.

Apa yang aku paling kesian pada diriku pada hari ini ialah kena marah dengan student (Si SAB la sapa lagi) sebab tak update blog... Budak2 lain gelakkan aku.... Kuang2 selalu murid dimarahi cikgu dan kawan2 dia gelak tapi ni terbalik la pulak..

Pastu...aku ni selalu jer ketinggalan zaman bila berada dalam kalangan budak2 ni... Betul ke antara 12pm - 3pm harga McD murah... Hmmm rasanya dalam seminggu tu 2 atau 3 kali aku gi santap kat sana... tak pernah pulak perasan??????? Adakah aku ketinggalan zaman atau zaman yang tinggalkan aku?HEHEHEHE sama jer kan.

Pavilion... waduh... budak2 ni ingat aku tak pernah tengok wayang.... huwa...depa ni kata aku lost bile masing2 bercerita tentang pavilion.... Saya tahulah wahai murid ku sekalian.... Saya pun kaki wayang jugak..cuma depan korang kena cover la sket... :)

Kelas hari ni betul la kecoh... aku yang masih muda ini pun rasa cam semakin muda bila dengan bebudak2 ni..(HIdup mesti perasan baru bleh awet muda)

Sunday, February 28, 2010

KEJAM SUNGGUH MANUSIA ITU

Hari ini saya tak tergamak hendak membaca berita tentang penderaan kanak-kanak berumur 3 tahun. Umur budak tu sebaya umur anak saya Zulaikha... sedang anak saya dibelai, dikasihi, dijaga dengan baik , ditatang bagai minyak yang penuh tapi di luar sana ada manusia durjana yang sanggup mendera kanak-kanak sehingga mati.

Kemanakah hilangnya sifat peri kemanusiaan orang itu? Lupakah dia yang pada satu masa dulu dia juga pernah menjadi kanak-kanak dan dia membesar dan dewasa... Tak de pulak ibu atau ayah dia mendera dia. Kenapa sampai masa dia tak ada langsung hati dan perasaan. Apakah kesalahan kanak-kanak itu? Saya rasa budak-budak nakalnya setakat menangis sahaja la kereneh dia... itu pun menangis sebab mereka dambakan kasih sayang dan manja.Atau mungkin dia lapar atau mungkin dia sakit.

Saya betul-betul emosi hari ini bila mendengar berita yang sedemikian. Selalunya saya memang tak akan membaca sendiri berita yang macam ini kerana sememangnya saya pasti akan melelah air mata ketika membaca. Suami saya yang akan menjadi pencerita tentang berita-berita macam ni.Seperti biasa hari ini suami sayalah yang menceritakan berita sedih ini. Jantung saya bagaikan hendak tercabut.

Semasa saya menaip di ruang ini pun air mata saya meleleh-leleh tanpa dipaksa.. Saya terasa terlalu kecewa dan sedih dan marah dan entah bermacam-macam perasaan yang saya rasa sekarang.Saya benar-benar tidak faham apakah yang ada didalam otak fikiran manusia yang sanggup mendera kanak-kanak itu?? Tak ada ke sedikit rasa hiba dan simpati?

Setiap hari ada saja berita bayi dibuang. Kenapa harus mereka diperlakukan begitu? Seandainya ada yang terbaca artikel ini dan ada terlintas nak buang bayi hubungi saya.. jangan dibuang bayi itu.. Ramai kawan-kawan serta insan lain yang sanggup menjaga bayi itu. Seandainya ada sesesiapa yang sudah tidak mampu untuk membela seorang kanak-kanak lantaran masalah apa jua pun hubungi saya kerana ramai juga di luar sana yang sanggup membela kanak-kanak itu. Janganlah dibuang bayi itu kerana dia bukannya barangan dan janganlah didera kanak-kanak itu sedangkan binatang pun kita bela dengan baik.

Baik bayi mahupun kanak-kanak itu , mereka itu manusia dan mempunyai perasaan.. sakit, sedih ... Argggggh terlalu emosional saya hari ini.

Thursday, February 18, 2010

KERANA SEHELAI RAMBUT

Pagi ini saya dan suami saya terasa lesu dan penat kerana tak cukup tidur. Sedang kami semua diulit mimpi, dalam pukul 4.30 pagi tadi saya dan suami terkejut dari tidur apabila mendengar bunyi Qaisarah tersedak. Saya dengan pantasnya mencapai Qaisarah , dalam dia terbatuk-batuk tiba-tiba dia terus muntah.Suami saya pun mengambil bahagian mencari kain untuk menadah muntah Qaisarah namun semakin kami cukup menepuk dan mengurut belakang Qaisarah makin dia banyak muntah.
Paniknya kami tak boleh nak diceritakan. Qaisarah terus muntah dan muntah macam air pancut. Seperti biasalah saya akan memulakan episod drama saya dengan menangis. Saya memang tak boleh tengok anak saya dalam kesakitan terasa bagaikan saya nak tukar jer kesakitan itu. Akhirnya bila dah hampir 20 minit dia muntah dan menangis dan tersedak tiba-tiba Qaisarah berhenti.
Bila dia dah stabil Qaisarah terus buka mulut dia dan jelir lidah rupa-rupanya yang menyebabkan dia tersedak dan termuntah tu sebenarnya kerana ada sehelai rambut yang melekat di lidahnya. Terus saya keluarkan rambut yang melekat dan Qaisarah terus tersenyum macam tak ada apa yang terjadi. Adus!!!! Bila saya tengok jam masa tu dah dekat pukul 6 jadi mana bleh nak sambung tidur....

Saturday, February 6, 2010

AKU CAPEKKKKKKKKKK!!!!!!

Hari ini hari Ahad... hari yang sepaling bz saya di Tatapan Minda. Bukan bz mengajar tetapi bz menghantar pelajar dari blok depan ke belakang dan dari blok belakang ke depan. (Tapi heran wal ajaibnya badan saya tak jugak slim.)

Seperti biasa setiap hari Ahad di Tatapan Minda kami semua sibuk yang amat-amat kerana sesi kelas paling pack between 9 pagi hingga 12 tengahari. Kelas yang berjalan cuma kelas Membaca dan Spoken English tetapi yang menjadikan penat dan sibuk kerana bilangan pelajarnya yang semakin meningkat. Sepanjang jam 9 - 12 tu.. 20 kelas yang berjalan....

Bila dah banyak pelajar maka banyak la kerenah yang ada. Bila pelajar dah banyak ibu bapa pun banyak jugak...Naik penat mulut saya senyum dan bercakap. Hehehe sampai saya nak ke toilet pun tak sempat...
Mujurlah by 12 tghari senyap semula... sesi pack akan bermula semula jam 3 ptg nanti. Aduh!!!! kaki ku pun terasa sakit kerana berjalan ke depan ke belakang pastu naik tangga dan turun tangga.

Bak kata KID pada saya semalam capek...... Jadi saya pun capek jugak ler ari nih...

Thursday, February 4, 2010

SENGGUGUT YANG TERUK AWAS!!!

Hari ni saya dekejutkan dengan berita yang sungguh sedih. Adik saya masuk hospital dan terpaksa melalui pembedahan kerana ketumbuhan rahim.
Tak sangka... senggugut yang adik saya alami sejak zaman sekolahnya dulu merupakan petanda awal yang dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan dalam rahim.
Saya ingat lagi semasa adik saya sekolah dlu setiap kali dia datang bulan dia mesti ada senggugut yang teruk. KAdang2 tu sampai muntah-muntah. Setiap kali dia sakit dia pasti makan ubat tahan sakit. Hinggakan bagi saya ubat tahan sakit dengan adik saya adalah ibarat teman rapat.
Dulu mak saya selalu kata senggugut ni bila umur dah meningkat akan semakin berkurang. Tapi senggugut adik saya tak pun berkurang.. Ia berlarutan sehingga adik saya masuk UKM. Saya ingat lagi ada ketika dia pernah keluar muntah hijau kerana sakit senggugut. Saya pernah nasihat dia pergi berjumpa doktor pakar tapi dia cuma pergi jumpa doktor biasa sahaja.Mungkin faktor kewangan menjadi sebab.
Selepas grad, adik saya bekerja senggugut dia masih juga tak ada beza macam dulu. Adik saya pernah mencuba berjumpa doktor pakar tapi doktor tak dapat kesan apa masalahnya.
Sampailah semalam merupakan pengalaman ngeri yang saya rasa saya sendiri tak sanggup nak tengok...darah meleleh ke kaki dan yang keluar adalah darah yang berketul-ketul.
Tengah malam tadi terus kami bawa adik saya ke hospital dan tengahari tadi dia selamat membuang seketul ketumbuhan sebesar bola tennis.

KEPADA ADIK KU LISA SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAKLONG HARAP SELEPAS INI SENGSARAMU AKAN BERAKHIR

Friday, January 29, 2010

AZAM UNTUK UPDATE BLOG SELALU

Orang nak ada blog saya pun nak jugak. Orang lain selalu update blog tapi saya selalu menggaru kepala apa nak tulis..Kadang tu idea banyak tapi ntahlah nak tulis tak reti pulak ish...

Anak saya yang nak amek UPSR tahun ni pun ada blog.. konon saya pun naklah up to date macam budak2 ni. Bukan apa senang nak komunikasi dengan budak2 skrang ni cepatlah boleh tackle cara diaorang.

Kesian saya kena marah dengan SAB....Saya minta dia link blog saya ni dengan blog dia.. kononnya nak create peminat la macam dia tapi saya tak selalu update blog... jadi apa lagi mengamuk la anak dara sorang ni....

Tak pe Sab sejak malam tadi lepas kena marah dengan awak ni... saya janji akan cuba sedaya upaya update kan blog ini ye.... Kalau saya terlupa tolonglah ingatkan saya ye....

Minggu depan saya akan indahkan lagi rupa paras blog ini ye supaya tak boring...

KETINGGALAN ZAMANKAH AKU???

Hari ini semasa mengajar ekonomi asas form 5.... students saya mentertawakan saya...Tetiba teringat masa saya f5 dulu.. saya pun pernah mentertawakan mak saya sama macam budak2 ni mentertawakan saya.

Isunya simple jer... Bahasa singkatan masa kini.

LOL = Laugh out loud
idts = i don't think so
xoxo = hugs and kisses
sk8er = skater
aq = aku
tc = take care
idk = i don't know
ily = i love you
imy = i miss you
omg = oh my god
t10 = thanks
10q = thanks you

Adus!!!! Ketinggalan zamankah saya ini???? t10 to u all kids sab n kid for your info... hahhahahha so next time bila anak saya hantar msg kepada kawan2 dia dah tahulah saya...

Monday, January 25, 2010

Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya

Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya

Dilema bagi kebanyakan ibu berkerjaya ialah pembahagian masa antara diri,
keluarga dan kerjaya. Tanpa pengurusan masa yang betul, ia mampu
membebankan fizikal dan mencabar minda. Ketahui teknik pengurusan
masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkerjaya.

1. Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas
diri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian
menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Tahukah anda? Jika anda tidak
mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda
mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami dan kerjaya dengan
sempurna. Pastikan makanan yang disediakan sihat dan jangan lupa
mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Tetapkan jadual kerja
Orang yang mengamalkan disiplin yang ketat biasanya berjaya dalam
kehidupannya. Jadi, untuk berjaya, anda perlu lebih berdisiplin. Buatlah
jadual dan ingat! Jangan sesekali melanggarnya. Senaraikan dan susun
mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang, dengan disiplin yang
ketat, anda pasti dapat menyelesaikannya. Percayalah!

3. Fokus pada kerja
Bagi kebanyakan orang pendapatan bulanan yang diperoleh datangnya
daripada jawatan yang disandang sekarang. Jadi, andaa perlu pandai
menguruskan masa yang melibatkan kerja dan keluarga agar tidak
kehilangan punca pendapatan. Ketahuilah, apabila seseorang menumpukan
sepenuh perhatian terhadap apa saja kerja yang dilakukannya, kerja
tersebut pasti dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

4. Kerja pejabat ditinggalkan
Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat juga. Jika kerja-kerja yang
tidak dapat diselesaikan di bawa pulang, pasti akan mengurangkan masa
bersama keluarga kerana terlalu sibuk mahu menghabiskan kerja pejabat.

5. Lupakan rumah
Apabila berada di pejabat pula, lupakan hal rumah untuk seketika. Dengan
itu, anda dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan kerja
di pejabat. Dan tentunya anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat
kerja pejabat di rumah pula.

. Masa untuk keluarga
Biar sesibuk mana pun anda, keluarga tetap keluarga! Jadi, peruntukkan
waku tertentu untuk dihabiskan bersama mereka. Namun, pastikan anda
mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Contohnya, luangkan masa
seketika bersama anak-anak sebelum tidur dengan membacakan mereka t
eladan ataupun yang seumpama dengannya.

7. Agihkan tugasan

Sebagai ibu berkerjaya, kerja dalam meguruskan rumah tangga, tidak salah
jika suami turut membantu. Selain itu, anak-anak juga boleh diberi
kepercayaan untuk merigankan beban anda. Buangkan sifat tidak yakin
dengan kemampuan mereka. Percayalah, mereka dapat melakukannya
dengan sempurna sama seperti cara anda melakukannya.

8. Dapatkan bantuan
Masa yang terhad sering membuatkan anda kelam kabut. Setengah hari
waktu dihabiskan di pejabat, anda perlu meneruskan perjalanan hari di
rumah pula. Anda tentu kepenatan sehingga kadang-kala mengabaikan
urusan rumah tangga. Jangan begitu, dapatkan bantuan jika tidak berdaya.
Minta bantuan suami mahupun anak-anak.

9. Cuti-cuti
Ketika cuti, habiskan masa yang ada untuk bercuti! Untuk itu, lupakan soal
kerja . Jika ada perancangan dan wang berlebihan, tidak salah rasanya jika
anda sekeluarga bercuti dengan melancong. Tanpa anda sedari, percutian
anda dapat merapatkan lagi hubungan sekeluarga.

10. Sistem kehidupan
Cara ini diyakini dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik
biarpun kelihatan leceh. Malah anda juga akan lebih tenang apabila
berhadapan masalah. Wujudkan sistem peraturan bagi setiap aktiviti dalam
rumah dengan melibatkan seisi keluarga. Sebagai contoh, sediakan bakul
khas untuk menempatkan pakaian kotor. Asingkan pakaian kotor yang
dipakai ke pejabat dan rumah. Selain itu sediakan bakul khas untuk pakaian
berwarna dan putih juga. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah
mengumpulkan pakaian kotor apabila tiba waktu mencuci pakaian.

Tuesday, January 12, 2010

TUISYEN DAN ANAK_ANAK

Salam semua, dua minggu ni masa terasa terlalu pantas berjalan. Pejam mata sekejap dah dekat dua minggu tahun baru berlalu.

Sebelum tahun baru bermula ibu bapa sibuk mencari keperluan anak-anak untuk masuk sesi baru persekolahan. Sekarang selepas selesai pendaftaran ibu bapa masih belum selesai lagi sesak nafas mereka... Minggu ni bermula la minggu mencari tempat tuisyen pulak.

Ibu bapa dan anak-anak sibuk la berpusing-pusing mencari tempat yang berkenan dihati. Dapat tempat yang sesuai tapi jadual pulak tak sesuai, cari lagi tempat lagi , tempat lain kelas ramai pulak anak kata nak cari tempat yang sikit.. kita sebagai ibu bapa turutkan juga. Semua ni demi anak-anak.

Pusat Tuisyen Tatapan Minda juga tidak ketinggalan. Sejak 9 Jan yang lalu pendaftaran sudah mula dibuka. Setiap hari pasti banyak panggilan yang masuk.Ada ibu bapa yang membuat keputusan dan ada juga anak sendiri yang menjadi pembuat keputusan.

Namun apa pun demi masa depan anak-anak segalanya dituruti ibu bapa.

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011